SK Muadzam Shah
SKEMS telah terpilih dan menerima watikah perlantikan Sekolah Bestari luar bandar pada 9 Februari, 2010 di Putrajaya. TAHNIAH SKEMS..
SK Muadzam Shah
MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 5 FEBRUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SK MUADZAM SHAH

Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk bersemuka dan memberitahu kepada ibu bapa / penjaga mengenai program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah kepada murid Tahun 6 sebagai persediaan UPSR kelak. Antara program dijalankan ialah:

1) Majlis Permuafakatan
2) Kelas Bimbingan Petang
3) Kelas Intensif Masa Cuti
4) Anugerah Minda Bestari
5) Motivasi - Teknik Belajar yang Berkesan
6) Ceramah / Bengkel - Teknik Menjawab Soalan UPSR
7) Bacaan Yasin dan Solat Hajat dengan Murid
8) Selamat Pagi UPSR / Motivasi
9) Motivasi Murid dan Ibu Bapa
10) Solat Hajat Bersama Penjaga
11) Post Mortem Ujian Tahun 6
12) Mentor Mente
13) Majlis Restu Ilmu
14) Rest & Relax (R&R)
SK Muadzam Shah
Majlis ini telah berlangsung pada 29 Januari, 2010, bersamaan pada hari Jumaat, pada pukul 8.30 pagi, bertempat di Dewan SK Muadzam Shah. Majlis ini turut dirasmikan oleh Tn. Hj. Md. Noor Bin Saad iaitu Pegawai Kaunseling Daerah Rompin dan turut mengiringi Puan Ruziah Binti Ajib iaitu Guru Besar SK Maudzam Shah. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih dan diharapkan semuanya dapat memberikan komitmen yang cemerlang dan amanah dalam melaksanakan tugas.
SK Muadzam Shah
Satu ceramah bertajuk MAAL HIJRAH telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah pada 15/1/2010 , hari Jumaat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hairudin juga merupakan ustaz di sekolah ini. Ceramah ini telah disertai oleh seluruh warga SKEMS bertempat di Dewan SK Muadzam Shah.
SK Muadzam Shah

BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI